Kisah Sepanjang Zaman

Monday, March 06, 2006

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Blog Kisah Sepanjang Zaman ini sedang dan akan memuatkan kisah-kisah perihal makhluk Allah SWT, kisah di akhir zaman, himpunan kisah tentang Maut, himpunan kisah di padang Mashyar, gambaran kesengsaraan di dalam Neraka dan gambaran kenikmatan di dalam Syurga. Kisah-kisah ini dipetik daripada buku-buku agama yang ada di pasaran juga dari laman web berinfomasikan agama dan dari email perseorangan.

Di antara kisah yang dipost pada bulan Mac 2006 ini adalah:
  1. Perihal Syaitan Laknatullah
  2. Kisah Tamim Al-Dariy Mengenai Al Masih Ad-Dajjal
  3. Fitnah Al Masih Ad-Dajjal
Moga-moga kisah-kisah ini dapat menjadi pedoman buat kita sebagai seorang Muslim dalam menjalani kehidupan seharian. Harapan agar Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya ke atas kita semua untuk sama-sama merenung dan mengambil iktibar dari apa yang diceritakan. Diharap juga tuan/puan dapat mempromote blog ini kepada rakan-rakan netter atau pun sahabat handai. Hanya Allah SWT jualah yang akan membalas segala kebaikan yang tuan/puan usahakan.

Yang baik dari Allah SWT, yang buruk dari diri saya sendiri. Moga-moga Allah SWT mengampuni setiap kesalahan dan keburukan diri dalam kerja-kerja menyiapkan blog berinformasi agama ini.



Wallahu'alam





Yang benar

Abu Musa
abumusa@malaysia.st